Skip to content
No results
  • About us
  • Advertise
  • Advertisement Guidelines
  • Contact Us
  • E-Learning
  • Enrichment Program
  • Home
  • International School
  • Magazine
  • Preschool
  • Search Directory
  • Special Needs
Kiddy123
  • About us
  • Advertise
  • Advertisement Guidelines
  • Contact Us
  • E-Learning
  • Enrichment Program
  • Home
  • International School
  • Magazine
  • Preschool
  • Search Directory
  • Special Needs
Kiddy123

Walaupun Anak Pendek, Ibu Jangan KALUT Cari Ubat Tinggi! Belum Tentu Ia Berkesan

  • codechcodech
  • August 2, 2025

Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah pastinya akan berusaha memberikan yang terbaik buat mereka. Namun sekiranya si manja tidak mencapai standard ketinggian sesuai dengan usia, semak sahaja tips anak tinggi bakal kami kongsikan di bawah ini!

Ketika anda berdepan dengan kerisauan melihat anak pendek, ia sekaligus mempengaruhi ibu ayah untuk mendapatkan jalan pintas dengan mendapatkan pelbagai jenis ubat penambah ketinggian yang banyak dijual dalam pasaran.

Tips anak tinggi dengan cara semula jadi dan lebih selamat

cara menambah ketinggian

credit to sources

Menurut perkongsian daripada Public Health Malaysia, ibu ayah perlu berhenti mencari produk menambah ketinggian ketika anak sudah dewasa kerana ia sudah terlambat.

Sebenarnya ketinggian setiap individu akan terhenti setelah anak lelaki memasuki usia 21 tahun dan 18 tahun bagi perempuan. Walau bagaimanapun, masih ada peluang lagi untuk anda menambah ketinggian si manja, setidak-tidaknya mereka lebih tinggi dari ibu ayahnya!

Antara faktor luaran boleh membantu anak menjadi tinggi dengan semula jadi dan lebih selamat ialah:

#1. Memastikan waktu tidur mencukupi

Waktu tidur adalah keadaan tubuh mengalami proses membesar dan membantu memperbaiki struktur yang telah rosak. Justeru, ibu ayah perlu memastikan anak-anak tidak tidur lewat dengan alasan belajar, anak aktif bermain atau masih tidak mahu melelapkan mata.

Menurut Healthline, anak usia 1 hingga 2 tahun memerlukan waktu tidur 11-14 jam sehari, sedangkan anak 2 hingga 5 taun memerlukan tidur selama 10-13 jam.

Ibu ayah juga boleh membiasakan mereka agar tidur siang, setidak-tidaknya 1 hingga 3 jam agar perkembangan si manja berjalan dengan baik.

#2. Persekitaran yang bebas dari asap rokok

Sedar ataupun tidak, asap rokok sebenarnya ganja yang boleh menyebabkan proses pertumbuhan si manja menjadi terbantut. Anda perlu memastikan anak tidak terdedah dengan asap rokok kerana ia turut memberikan masalah lain terhadap kesihatan.

Menurut maklumat dari American For Non-Smokers’ Right, kesan asap rokok ‘basi’ boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar dan memberikan fokus terhadap sesuatu perkara. Ia dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terdedah kepada asap rokok.

#3. Gaya pemakanan yang sihat

petua anak tinggi

credit to sources

Sekiranya si manja tidak suka makan sayur, buah ataupun produk tenusu, ia berupaya menjejaskan proses perkembangan fizikal dan mental mereka.

Hal ini kerana amalan pemakanan berkhasiat menjadi struktur paling asas bagi anak-anak membesar dengan ketinggian yang ideal.

Justeru salah satu tips anak tinggi  adalah ibu ayah perlu memastikan mereka memperoleh gizi yang mencukupi termasuklah pola pemakanan seimbang.

Ia termasuklah pengambilan protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi. Sebaik-baiknya elakkan anak mengambil makanan segera dan minuman sejuk.

#4. Kekal aktif dalam sebarang aktiviti fizikal

Si manja yang aktif ternyata memiliki lebih ketinggian tubuh badan. Dalam hal ini aktiviti fizikal akan menguatkan otot dan tulang. Ia juga merangsang Growth Hormone iaitu salah satu hormon terpenting untuk pertumbuhan.

Jika anak seorang yang tidak boleh duduk diam, ibu ayah cuba mengajaknyaa melakukan olahraga bagi menambah ketinggian mereka seperti berenang, melompat atau bersenam.

Faktor yang mempengaruhi ketinggian si manja secara ideal

Menurut Healthy Children, ketinggian badan setiap anak adalah tidak sama. Berikut adalah beberapa perkara yang mempengaruhinya, iaitu:

#1. Pertumbuhan lambat

Kids Health mengatakan bahawa pertumbuhan kanak-kanak lebih perlahan antara usia 6 bulan hingga 2 tahun sebenarnya akan meningkat ketika mereka memasuki akil baligh.

Pada usia 2-3 tahun, ketinggian si manja dikatakan tidak dapat menembusi usia normal. Namun ketika akil baligh, perkembangan ketinggian anak akan seiring dengan rakan sebayanya. Secara amnya, ia tidak memerlukan rawatan khas kerana masih dalam tahap normal.

#2. Faktor keluarga dan genetik

cara buat anak tinggi

credit to sources

Faktor keluarga dan genetik dapat mempengaruhi ketinggian anak. Apabila anda mendapati ketinggian anak  lebih pendek atau lebih tinggi daripada rakan sebaya, doktor akan bertanya mengenai sejarah kesihatan keluarga anda.

Jika dilihat dari faktor genetik, kanak-kanak istimewa seperti sindrom Down, sindrom Noona atau sindrom Turner cenderung mempunyai postur badan yang lebih pendek. Sementara itu, sindrom Marfan menyebabkan kanak-kanak menjadi lebih tinggi.

#3. Masalah dalam pemakanan harian

Nutrisi dari pelbagai jenis makanan yang diambil oleh si manaja dapat menentukan perkembangan ketinggian mereka. Dalam hal ini, anak yang kurus cenderung lebih pendek daripada usia mereka.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang gemuk atau berlebihan berat badan turut mengalami ketinggian yang kurang atau perkembangan terbantut disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak berkhasiat.

Sumber: Public Health Malaysia, Hello Sehat

Kredit foto: Google

This article was first published on theAsianParent.

Copyright © 2026 - WordPress Theme by Creative Themes