Skip to content
No results
  • About us
  • Advertise
  • Advertisement Guidelines
  • Contact Us
  • E-Learning
  • Enrichment Program
  • Home
  • International School
  • Magazine
  • Preschool
  • Search Directory
  • Special Needs
Kiddy123
  • About us
  • Advertise
  • Advertisement Guidelines
  • Contact Us
  • E-Learning
  • Enrichment Program
  • Home
  • International School
  • Magazine
  • Preschool
  • Search Directory
  • Special Needs
Kiddy123

Anak Meragam Terlalu Lama Duduk Di Rumah? Mereka Mungkin Sedih Rindukan Waktu Dahulu!

  • codechcodech
  • August 2, 2025

Seluruh dunia terkesan akibat pandemik Covid-19. Tidak hanya golongan dewasa, anak yang masih kecil tidak memahami situasi ini turut mengalami perubahan sikap akibat terpaksa duduk di rumah bagi tempoh masa agak panjang.

Sejak bulan Mac lalu, sesi persekolahan terpaksa ditunda bagi mengekang penularan virus misteri ini. Begitu cepat masa berlalu, kini kita semua berada di penghujung tahun bagi 2020. Mahu atau tidak, kehidupan norma baharu hendaklah diteruskan bagi mengelakkan diri anda dan ahli keluarga menjadi mangsa seterusnya!

Perubahan sikap anak ketika duduk di rumah

perubahan tingkah laku

Menceritakan pengalaman yang dilalui oleh seorang ibu, Amber Sparks, dia menyedari bahawa anak perempuannya berusia 5 tahun menunjukkan perubahan sikap dan tingkah laku tidak teratur akibat pandemik Covid-19 ini.

”Dia seolah-olah tertekan, mula menjerit dan mencampakkan barang-barang yang ada disekitarnya. Dia mengamuk seperti itu lebih kurang setengah jam. Pada akhirnya dia menangis sehinggalah tertidur dengan sendiri.”

”Saya datang dan memeluknya, dengan perlahan dia mengatakan bahawa dia amat merindui sekolah dan kawan-kawan.” kongsinya.

 

Keluarga kecil ini tinggal di sebuah pangsapuri di kota. Sebelum ini mereka sering berjalan kaki ke taman, muzium, sekolah, restoran dan kedai buku. Namun ekoran wabak Covid-19 ini, dia dan anaknya banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.

Menurut pensyarah psikiatri di Harvard Medical School, Christopher Willard, mengatakan kanak-kanak berasa sangat sedih disebabkan oleh mereka kehilangan rutin harian, kebebasan serta rakan-rakan.

Pengurusan emosi berbeza dengan golongan dewasa

perubahan sikap anak

“Anak masih kecil merasakan perkara yang sama dengan orang dewasa. Namun mereka menyatakannya dengan cara berbeza. Mereka mungkin akan menangis, mengamuk, lebih sensitif, suka menjerit dan bertengkar dengan adik-beradik.” jelasnya.

Bagi meredakan keadaan ini, ibu ayah hendaklah membantu mereka untuk lebih bertenang dan bersama-sama melalui saat sukar ini. Ia amat berkesan bagi menyokong kestabilan emosi si manja dan membuka ruang bagi mereka meluahkan perasaan. Antaranya ialah:

#1. Mencari penyebab perubahan sikap anak

Disebabkan oleh budaya kerja dari rumah yang disarankan oleh kerajaan, ibu ayah mungkin akan cuba menjaga jadual waktu siang lebih teratur, menyediakan makanan sihat di atas meja dan mengikuti setiap rutin dengan baik.

“Ia mungkin sukar bagi anak-anak sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka. Ini juga mempengaruhi kawalan impuls dan kemampuan mereka dalam mengawal emosi,” jelasnya.

Tidak dinafikan bahawa anak yang masih kecil sukakan kebebasan dan keseronokan untuk menerokai pelbagai perkara di sekitar mereka. Namun apabila hendak bermain dengan rakan-rakan yang lain, anda mungkin akan melarangnya kerana risau penularan Covid-19.

Ini secara tidak langsung membuatkan mereka tidak puas hati dan mengamuk kerana sudah terlalu lama kuarantin di dalam rumah.

#2. Kesalahan ibu ayah ketika di rumah

sikap anak ketika covid-19

Ibu ayah yang sibuk dengan tugasan seharian atau berdepan masalah dibuang kerja cenderung untuk berasa tertekan bagi berdepan pasangan dan anak-anak di rumah. Sesetengah daripadanya hanya diberikan sebuah telefon bimbit untuk melayan saluran Youtube atau bermain permainan atas talian.

Kesannya, mereka akan berasa lebih sunyi dan tertekan kerana ibu ayah langsung tidak meluangkan masa untuk bermain bersama. Dalam hal ini, perhatian yang diberikan oleh anda sangat penting bagi membuatkan anak berasa disayangi setiap masa.

#3. Menjadi pendengar yang baik

Sekiranya ibu ayah menyedari anak kecil anda mula menunjukkan perubahan tingkah laku, adalah lebih baik duduk berbincang dengannya. Usahlah ibu hilang sabar sehingga membuatkan keadaan bertambah buruk.

Tanyakan kepada mereka apa yang sedang dia fikirkan dan rasakan pada waktu itu bagi membolehkan anda mengetahui penyebabnya. Selain itu, cipta suasana dan aktiviti yang lebih menyeronokkan untuk mengelakkan anak  berasa bosan ketika duduk di rumah. Misalnya, adakan aktiviti belajar, mewarna, bermain air ataupun membuat kek.

Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan bakat serta pengetahuan si manja terhadap sesuatu kemahiran baharu dalam hidup mereka.

Sumber: Cnn

This article was first published on theAsianParent.

Copyright © 2026 - WordPress Theme by Creative Themes