Tadika Little Abqari merupakan sebuah institusi pra-sekolah yang berdaftar sepenuhnya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan menggunakan silibus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Ditubuhkan pada tahun 2013 dengan bertujuan memperjuangkan hak anak-anak untuk belajar di dalam suasana yang seronok dan selamat dengan memberi fokus kepada perkembangan sahsiah, fizikal, emosi dan intelektual. Selain daripada membimbing anak-anak menguasai kemahiran akademik, Tadika Little Abqari juga memberi fokus kepada kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk “survive” dalam era perubahan zaman yang semakin mencabar.
Tadika Little Abqari juga menjadi platform penting untuk melatih nilai usahawan dengan menerapkan 6 nilai preneurship iaitu memperjuangkan kebenaran, kepintaran sosial, integriti, diplomasi, altruism dan kreatif & inovatif. Kesemua ini dirangkumkan di dalam modul Luhur Anggun Pintar yang digunakan di Tadika Little Abqari.
Berlokasi di dua cawangan di Rawang iaitu Bandar Country Homes dan Saujana Rawang, kami menerima kemasukan kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun untuk program pra-sekolah dengan pelbagai tawaran pakej (program separuh hari atau penuh). Selain itu kami juga menyediakan tawaran program bakat seperti kelas renang, memanah, taekwondo, kelab usahawan cilik dan hafazan.
CAWANGAN KAMI
BANDAR COUNTRY HOMES SAUJANA RAWANG
28-1 & 28-2, Jalan Desa 9/5, No. 2, Jalan SR 3/2C,
Bandar Country Homes, Botania Residence,
48000 Rawang, Saujana Rawang,
Selangor 48000 Rawang,
Selangor
MISI KAMI
Membawakan kebaikan.
IMPIAN KAMI
- Anak-anak akan saling hormat-menghormati, berbudaya tinggi dan peka dengan persekitaran. Bukan hanya mereka berakhlak baik, namun seluruh keluarga terpalit dengan budaya yang dibawa oleh LAP
- Mereka tidak bersaing, malah berlumba-lumba membantu satu sama lain supaya masing-masing berjaya ke garisan penamat
- Setiap bakat dan kemahiran yang ada pada anak-anak ini dirai supaya nilai percaya diri anak ini meningkat. Bukan hanya pandai dalam akademik sahaja
- Mereka juga faham nilai duit. Tidak boleh meminta-minta, pada setiap duit yang mereka terima, ada bahagiannya untuk disimpan, disedekahkan dan untuk dilabur
PRINSIP KAMI
- Pemilihan program P&P yang holistik dan inovasi supaya anak-anak seronok dan tiada beban emosi.
- Fokus kepada pembangunan ‘group genius’ bukan hanya kepintaran individu
- Anak-anak mampu mengajak orang lain juga membuat kebaikan
- Melahirkan anak-anak yang cintakan ilmu pengetahuan
- Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). Anak-anak tidak akan dipaksa sebelum tiba masanya
- Anak-anak perlu saling bekerjasama untuk berjaya
NILAI TAWARAN KAMI
Nilai tawaran melalui modul Luhur Anggun Pintar memberikan pengalaman yang unik kepada pelajar
Aktif – Mewujudkan suasana seronok melalui Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Guru mengaplikasi Teknik Guru Pendorong dengan menggunakan 4 prinsip Teknik Nabi ini:
- Teknik Memuji
- Teknik Tidak Mengkritik
- Teknik Memberi Ganjaran Sosial
- Teknik Meningkatkan Keyakinan
Bijak – Menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan melalui Modul Usahawan Kelab ARAF dan Modul Belajar Sains Melalui Bercerita (The Little Ibnu Sina).
Santun – Melahirkan generasi yang berbahasa dan berbudaya tinggi. Di tadika kami, guru bercakap kepada pelajar menggunakan fonetik dan nahu Bahasa Melayu Tinggi. Guru juga dilatih untuk menunjukkan adab sopan dan menggunakan budaya tinggi di tadika.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Di samping program teras berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), kami juga menawarkan pakej premium seperti berikut:
- Cepat Membaca Cahayaku
- Little Scientists
- Euler Maths
- Kelab Usahawan ARAF
- KAFA Tadika
- Kelas Renang
- Kelas Memanah
- Kelas Taekwondo
EDITORS_REVIEW_BOX_607